HIDAYAH KENA CARI ATAU TUNGGU?

 

Hi assalamualaikum gaiss!

It’s been a while since I last updated my blog. Huhuhu

Honestly bukan sebab aku busy ke tade masa ke, tapi sebab ada satu vitamin ni aku amek sampai overdose dan dia dah mula kick in dalam badan aku. Nak tau vitamin apa? Vitamin M !  nama saintifik vitamin ni Malasythamine. Haaa itu yang membuatkan aku dah lama tak jadi keyboard warrior tu, huhu.

So topic yang aku nak bebel hari ni adalah tentang hidayah.

Hidayah atau dalam bahasa mudahnya petunjuk la. Kan bila kita berdoa kita selalu mintak hidayah dari Allah. Bukan mintak jodoh nama hidayah taw, tapi mintak hidayah dari Allah supaya guide kita dan pandu kita ke jalan yang benar.

Kan kalau artis2 yang free hair bila netizen komen suh pakai tudung mesti ada yang kata, doakanlah saya diberi hidayah. Aaa gituu. Padahal dah tentu2 pakai tudung tu wajib, ko nak tunggu hidayah apanya? Haaaa makcik bawang mode on #donebeingjudgemental. Hahaha ok tak2, maybe dia ada problem ke apa yang menyebabkan dia memilih jalan itu, kita doakan lah yang terbaik. Gitchu

So, persoalannya kat sini adakah hidayah tu kita kena tunggu dia datang macam kita tunggu durian gugur kat tanah atau sebenarnya kita yang kena cari? Korang pernah terfikir tak?

Lagi satu pernah tak korang terfikir yang entah2 hidayah Allah tu dah sampai dah pun kat kita, tapi disebabkan kita selesa sangat duduk dalam comfort zone kita, kita deny hidayah Allah yang sampai tu dan kita terus-terusan buat perkara yang salah. Lalu, hidayah itu pun pergi begitu sahaja. Sebab apa? Sebab kita tak tangkap, tak gengam, tak gapai, tak sambut, tak sambar hidayah tu betul2, kuat2 sebab tu dia terlepas begitu sahaja. Kita nafikan bahawa apa yang sampai kepada kita iti sebenarnya adalah hidayah dan petunjuk dari Allah untuk kita berubah. Tapi kita tak endahkan dia sebab kita fikir kita tak bersedia lagi nak berubah. Lalu siapa yang rugi? Siapa yang masih duduk di takuk yang sama? Diri kita sendiri.

Contohnya, kadang2 kita rasa kenapa la rezeki aku ni sempit, rezeki orang lain melimpah ruah je. Ada kawan sebaya dengan kita, buat bisnes masyukk gila, akhlaknya pun baik. So kita pun perhatikan la kehidupan dia , apa yang dia buat sampai rezeki dia namapak melimpah ruah sangat di mata kita. So kita dapati kawan kita ni solat selalu awal, selawat dan istighfar tak pernah tinggal, sedekah setiap jumaat mesti wajib buat. Dalam masa yang sama kita pun google la cari la punca2 rezeki lambat masuk, petua menjemput rezeki dan sebagainya, untuk kuatkan lagi bukti dari pemerhatian kita. Then kita jumpa salah satu sebabnya adalah, melambatkan solat. Hati kita tersentap sebab tepat sangat menusuk dalam hati. So lepastu dalam hati kita dah pasang niat nak berubah, tapi kita kata tunggu la hidayah Allah sampai nanti, mesti aku akan jadi macam dia jugak.

Then kita bertangguh, dengan alasan tunggu hidayah dari Allah. Padahal jauh di dasar hati kita sebenanrnya kita tau je apa yang kita lacking, tapi kita still in a state of denial. Tak nak keluar dari comfort zone. Terlalu selesa. Sambil2 scroll instagram, tiba2 ternampak video usahawan yang berjaya share antara tips2 untuk berjaya adalah solat di awal waktu dan banyakkan bersedekah. Satu lagi petunjuk yang kita jumpa yang telah menjawab persoalan kita selama ni. Dua-dua perkara tu kita dah tahu tapi kita tak buat pun sebab alasan nak tunggu hidayah Allah. Dah terlalu banyak petunjuk yang kita jumpa.

Sekarang ni umpama kita berada di dua simpang, jalan yang benar dan jalan mati. Mana satu kita nak pilih? After all, the choices is ours. The one who is gonna make the changes in your life is YOU. Adakah kita akan kekal tetap di takuk yang kita duduk sekarang atau kita akan kita akan gunakan cebisan petunjuk-petunjuk yang kita jumpa tu untuk ikut jalan yang kita yakin adalah benar dan mula untuk ubah diri kita jadi lebih baik dengan meninggalkan comfort zone kita.

Rugi ke kalau kita tinggalkan comfort zone kita? The answer is NO. remember that u need to sacrifice some things to gain some thing bigger. Never be afraid to make a change in your life. Start somewhere. There is no easy path.

“No path started as a path. You need to walk on it for it to become a path. Even if no one in this world is on your side, you should still be on your side. Even if you are pathetic and weak, you should trust yourself.” #hwarang

Okay, so done sharing aku for today, harapnya korang dapat la something.. tak banyak, sikit pun jadi la. Kbye. Assalamualaikum, zai jiyen!

P/s: anyways kalau korang nak komen apa2 kat bawah ni sila lah ye :) boleh kita tukar2 pendapat. thank you for reading! :D







Comments

Popular Posts