Hlovate. My All time favourite author.

Assalamualaikum! Hari ni aku terlebih rajin nak tulis entry about my favourite author. Jujurnya aq bukanlah pandai sangat buat review bagai pasal buku or novel ni...😐 tp hari ni aq just terlebih rajin nak guna sel2 otak aq...and also a short escapism from my assignments yang bertimbun tu..haihhh😢

So cite dia aq suke gile baca novel2 karya Hlovate sebab novel dia lain daripada yang lain...even dah 5 tahun berlalu pun aq tak pernah bosan baca buku dia and will never be...

sebab apa? buku dia bukan sekadar penulisan kosong2 untuk isi masa lapang kita... tapi novel dia banyak beri pengajaran, pengetahuan baru tentang benda yg aku tak pernah tau sebelum ni...contohnya, culture orang luar negara, backstreet lifestyle, overseas student life, marriage life yang bukan typical malay punya kawen paksa yang cringe...and banyak gila perkataan baru yang aku dapat either english or malay....

siyes cakap aku banyak dapat new knowledge and pick up new words dari novel2 dia...and penulisan dia x cliche tau...bagi aku novel2 dia ni banyak memberi semangat kepada aku..dulu2 kalau aku rasa homesick nak balik asrama, aku akan bawak balik salah satu novel dia...lagi2 tunas sebab cite pasal budak sekolah kan...dan dalam tu aku tabik ahhh karakter dak2 sekolah dalam tu cause they re intelligent, brilliant , kaya tapi sempoi je

bile baca novel aq finally realise yang banyak benda sebenarnya yang aku tak tahu pasal dunia... like theres so much things that i still dont discover about how the world is...that i still dont know behaviour of people...banyak pasal agama yang aku tak tahu...and aku juga banyak tau lagu2 baru...and seriously memang aku google lagu2 dalam novel dia sebab satu pon aku tak tahu menahu...

and to me hlovate ni memang banyak knowledge cause she/he can write about musical instrument cam dalam schubert serenade, anthem dan contengan jalanan...she/he can also write about medic cam 5 tahun 5 bulan..and so much about overseas and the places and the cultures cam dalam anthem...i mean wow, cemana dia boleh tulis very descriptive sampai kite boleh bayang exactly taj mahal tu cemana, india tu full of colours, holland ada tulip yang cantik, and macam2 lagi...so not cliche and membuatkan pembaca2 berfikir...

nasihat2 pasal agama pon banyak dan deep. Contohnya cam versus, iaitu perjalanan seorang skater yang nak meninggalkan the backstreet life yang dah kira sebahagian dari hidupnya...betapa susahnya dia nak berhijrah meninggalkan what has been part of his life...maybe sebab tu hlovate banyak guna perkataan 'clorox' (which is very unique to describe a life changing) sebab hakikatnya nak buang kotoran yang degil memang kene pakai clorox and the consequence is baju maybe akan luntur....sama jugak macam bad habits...maybe dia akan hilang bila kita sental tapi dia still meninggalkan kesan...

betul la apa kata hlovate ol' habits die hard.

conclusionnya aku banyak jadikan novel2 hlovate ni sebagai penguat semangat aku untuk menempuhi cabaran hidup...ecewahh...and lastly aku lupe nak cakap aku suka cara penyampaian dakwah dia dalam novel sebab sempoi and deep at the same time...

dan sampai sekarang kalau aku dengar balik lagu2 dlm novel dia yang aku pernah google aku mesti rasa rindu gila nak baca kisah karakter2 dalam novel dia...sebab semua ada kisah hidup yang berbeza dan banyak memberi pengajaran...

ada lagi satu author yang aku suke sekarang iaitu teme abdullah...aku suka gak penulisan dia tentang kisah hidup dia dan perjalanan hidup dia survive kat overseas without scholarship...banyak buat aku sedar yang dalam hidup ni ada ramai orang yang aku tak tahu dan ada banyak kisah hidup...at the end of the day kebergantungan kepada Allah is whats important...teme ni pon tak reveal diri dia sama macam hlovate...maybe dorang tak nak dikenali dan jalankan hidup macam orang biasa...ape pun aku suka penulisan mereka yang bijak2 ni...

sekian, wassalam dari aku. 


Comments

Popular Posts