NEVER GIVE UP, NEVER LOSE HOPE!
NEVER GIVE UP, NEVER LOSE HOPE!
Bagi saya
tajuk ni kena dengan kehidupan seharian kita sebagai student, dropship,
businessman dan sebagainya. And actually, every single day we have to remind
ourselves not to give up so easily sebab semangat kite ni kadang2 naik tinggi
menggunung and kadang2 jatuh menjunam sampai bawah tanah. So, waktu2 kite
tengah down teruk dengan apa2 ujian yang menimpa, always ingatkan diri, jangan
putus asa, this is not the end of our lives. And bear in mind that, failure is
a part of success.
Failure is a process and a journey towards a great success.
Kadang2 kegagalan yang kita hadapi tu lah yang membuatkan kita jadi lebih kuat,
kental, adamant, unbreakable. So, accept
the failure but don’t live with it, learn from it. Sebab tough situations build
strong people. So don’t ever lose hope, teruskan usaha and pray hard to Allah.
Ade satu
kata2 ni “ there is no such thing as failure, only learning experience.” Which
is true. Sebab if kita tengok at the other side of the story, kegagalan tu
sebenarnya adalah satu pengalaman yang mengajar kita to be a better person from
what we are now. Dia macam satu turning point yang mengubah diri kita untuk
jadi lebih baik. Oleh itu, saya nak share 1 video by mufti menk :
Bila2 free
boleh la tengok, ade banyak inspirasi dan pengajaran dalamnya J
Apa yang
saya nak highlight kan dalam video ni adalah,
Dalam hidup
ni kita semua menghadapi pelbagai ujian, sama ada ujian peperiksaan di sekolah or university ataupun ujian dalam kehidupan
seharian. Semua orang akan bekerja keras untuk pass examination kita taknak
fail, taknak kene kick kolej or tak nak kecewakan mak ayah, kan? Dan semakin
kita membesar ujian yang kita hadapi menjadi semakin besar dan berat.
kita tahu yang kalau kita x berusaha, kita xkan Berjaya dapat ape yang kita nak..(kecuali gifted person la) Allah dah pesan dalam surah yusuf ayat 87,
يَٰبَنِىَّ ٱذْهَبُوا۟ فَتَحَسَّسُوا۟ مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَا۟يْـَٔسُوا۟ مِن رَّوْحِ ٱللَّهِ ۖ إِنَّهُۥ لَا يَا۟يْـَٔسُ مِن رَّوْحِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلْقَوْمُ ٱلْكَٰفِرُونَ
O
my sons, go and find out about Joseph and his brother and despair not of
relief from Allah . Indeed, no one despairs of relief from Allah except the
disbelieving people."
“ dan janganlah kamu berputus asa dari
rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan
pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
وَٱعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ
يَأْتِيَكَ ٱلْيَقِينُ
dan
sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).
Allah akan
berikan kejayaan itu dengan kehendaknya…tapi juga bergantung kepada berapa
banyak usaha yang kita letakkan. Kalau kita cepat sangat mengalah dan putus
asa, syurga pun belum tentu kita dapat capai, kalau kita ingat nak masuk syurga
tu senang. Sebab hakikatnya sesuatu kejayaan tu x datang bergolek tanpa usaha
keras, begitu juga syurga juga takkan senang2 diperoleh oleh hamba2 yang tak
berusaha ke arahnya.
Bayangkan ada
seorang pemuda yang menggali lubang yang didalamnya terdapat berlonggok-longgok
ketulan emas, tetapi apabila tinggal sikit saja lagi lubang untuk dia gali
supaya sampai kepada emas tu, dia putus asa dan mengatakn “sudahlah! aku dah
penat menggali! Aku takkan dapat ambil emas2 ini”… kalaulah dia terus menggali
sikit saja lagi, nescaya emas2 itu akan dimilikinya.
Jadi saya ambil kata2 mufti menk: “ continue our salaah and prayer, progress, develop. Don’t think for a moment that life will become any easier.
Akhir sekali,
saya tutup sharing ni dengan satu quote:

Comments
Post a Comment