INNER PEACE



❤️PENAWAR KETENANGAN HATI❤️



Assalamualaikum korang, hari ni aku nak share sikit pasal tajuk presentation aku untuk subjuk komunikasi. tajuk presentation aku adalah tajuk entry ni. so here's my text...aku tulis balik apa yang aku cakap.ツ😃


            Pernahkan anda merasakan hidup anda seolah-olah macam tidak tenteram? perasaan yang menyebabkan kita rasa tersekat, rasa tidak lepas dan tidak puas bila melakukan sesuatu. Semuanya berasa hambar dan tawar. Seperti tiada kepuasan dalam hidup.Kita juga selalu mudah untuk rasa terluka dan berkecil hati dengan orang-orang dan suasana sekeliling. Rasa seperti kita tidak difahami dan merasa sentiasa bernasib malang.Itu sebenarnya adalah berpunca daripada hati tidak tenang. Ketahuilah bahawa, agama kita, ISLAM ada memberikan ubat dan penawar dalam merawat ketenangan. Berikut adalah perkara-perkara atau langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa..
Penawar ketenangan jiwa yang pertama adalah, dengan membaca Al-Quran. Seperti yang kita sedia maklum, bahawa ayat-ayat Al-Quran secara islamik mahupun saintifik mampu menenagkan jiwa manusia yang dalam keresahan dan kegelisahan. Kajian saintifik telah dilakukan oleh professor Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di Klinik Besar Florida Amerika Syarikat, menunjukkan Al-Quran mampu memberikan sebanyak 97% ketenangan kepada jiwa manusia.

Suka untuk saya kongsikan kisah Abu Jahal, pakcik saudara Rasulullah SAW, yang sangat kuat dank eras menentang dakwah baginda, namun dia berasa takjub tatkala mendengar alunan ayta quran yang dibaca oleh Nabi. Pada suatu malam, Abu Jahal telah pergi ke rumah Nabi untuk mencuri-curi dengan ayat Al-Quran yang dibaca oleh Nabi, dia terlalu asyik mendengarkannya sehingga tyidak sedar hari telah menginjak terang. Lalu, dia bergegas mahu pulang ke rumah, ditakdirkan Allah dalam perjalanannya pulang ke rumahnya, dia telah bertemu dengan dua orang rakannya iaitu Abu Sufyan dan Akhnas bin Syuraiq. Apabila mereka bertegur sapa sesama mereka dan berbual, ternyata kedua-dua orang tadi juga telah melakukan perkara yang sama, iaitu mencuri-curi dengan Nabi membaca Al-Quran. Mereka merasa amat malu dan berjanji untuk tidak mengulanginya. 

Namun keesokan harinya apabila tiba waktu malam, mereka telah memungkiri janji mereka. Ketiga-tiga mereka masih melakukan perkara yang sama iaitu mencuri dengan bacaan Nabi. Tiga hari berturut-turut mereka telah melakukan perkara yang sama. Mereka berasa amat malu dan mula menyalahkan sesame sendiri. Akhirnya mereka mula sedar akan kebenaran Al-quran yang dibawa oleh nabi.

Apa yang ingin saya tekankan melalui kisah ini adalah, mukjizat Al-Quran itu jelas trerbukti dapat melembutkan hati manusia yang paling keras atas muka bumi ini, justeru memberi ketenangan kepada pembacanya dan pendengarnya.



Penawar ketenangan hati yang kedua adalah, dengan membuang rasa hasad dengki dan iri hati dalam diri. Mengapa? Kerana hasad dengki ini dikatakan merupakan satu penyakit yang kesannya datang dahulu sebelum penyakitnya. Bagaimana? Tatkala kita merasakan iri hati dan dengki terhadap rakan kita, sebenarnya hati kita telah terlebiha dahulu sakit sebelum rakan kita itu. Sebab itulah hasad dengki ini bukan sahaj memisnahkan musuh malah diri kita sendiri.

Sifat hasad dengki ini sememangnya wujud dalam diri manusia dan ia perlu dikawal kerana jika tidak, ia mapu menghilangkan kerasionalan seseorang manusia. Buktinya, adakah anda masih ingat pembunuhan pertama yang berlaku di atas muka bumi Allah ini disebabkan apa? Peristiwa pembunuhan Habil dan Qabil adalah disebabkan hasad dengki terhadap nikmat yang diperolehi oleh saudara sendiri sehingga sanggup membuat apa sahaja demi menuaskan hatinya, hatta membunuh saudara sendiri.

Kerana itulah hasad dengki ini amat ditakuti oleh Rasulullah SAW. Baginda pernah bersabda yang maksudnya, “ perkara yang paling aku takuti berlaku kepada umatku adalah banyaknya harta mereka lalu mereka sling bermusuhan dan berbunuhan. Sesungguhnya, kedengkian itu memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu api. Oelh itu, janganlah berhasad dengki terhadap orang lain, nescaya kita akan beroleh ketenangan jiwa.



Penawar ketenangan jiwa yang ketiga pula, adalah, bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakannya kepada kita. Yakinlah dengan firman Allah bahawa tiada satu pun mahkluk melata diatas muka bumi ini melainkan telah ditetapkan rezekinya oleh Allah hatta ulat di bawah batu pun telah ditetapkan rezekinya. Hatta sesuap nasi yang masuk ke muluty kita juga telah direzekikan oleh Allah, jika Allah tidak merezekikan kepada nescaya sesuap nasi itu tidak juga akan masuk ke mulut kita. Oleh itu bersyukurlah dengan nikmat kurniaan Allah, dengan itu hati akan menjadi tenteram kerana kita yakin setiap manusia itu ada bahagian masing-masing.


Suatu hari Nabi Allah Musa telah berjalan dan dalam perjalanan itu baginda telah bertemu seorang lelaki miskin, lalu pemuda miskin itu meminta Nabi Musa supaya mendoakan dia menjadi kaya dan murah rezeki. Lalu Nabi Musa menyuruhnya supaya bersyukur kepada Allah atas apa yang dimilikinya. Lalu dia berkata “ bagaimana aku mahu bersyukur sedangkan aku tidak mempunyai apa-apa harta untuk disyukuri’. Nabi Musa pun meneruskan perjalanannya dan bertemu pula dengan seorang pemuda yang kaya. Dia meminta Nabi Musa supaya meminta kepada Allah agar mengurangkan sedikit rezekinya kerana dia terlalu kaya. Lalu Nabi Musa menyuruhnya agar tidak bersyukur. Lalu dia berkata ‘ bagaimana aku mahu berhenti bersyukur sedangkan Allah kurniakan aku pelbagai nikmat dan kesenangan”.  Lalu si kaya itu terus bertambah kaya dan si miskin itu terus menjadi miskin. Hal ini sesuai denga firman Allah ‘ jika kamu bersyukur maka Aku akan tambah nikmat kepada kamu, jika kamu kufur, ingatlah nescaya azab Allah itu sungguh berat.’ Oleh itu, kekayaan jiwa itu tidak boleh diukur dengan harta yang zahir. Kerana kayanya jiwa tidak boleh dibeli dengan kayanya harta.



Penawar ketenangan jiwa yang seterusnya, adalah sentiasa memaafkan orang lain dan tidak menyimpan dendam. Sememangnya, manusia ni tidak sempurna. Kita semua melakukan kesalahan dan dosa. Tapi, selagi kita simpan rasa marah dan dendam terhadap seseorang itu, selagi itulah hati kita tidak akan tenang. Sebab apa? Sebab kita akan selalu memikirkan cara supaya si dia itu menerima balasan seperti perbuatan yang dilakukan, kita mahu dia rasa apa yang kita rasa, kita terlalu taksub memikirkan cara menyakiti si dia kembali sehingga kita hilang fokus terhadap hidup kita sendiri, kita terlupa untuk menikmati setiap detik yang bermakna dalam hidup bersama orang-orang tersayang.

Oleh itu, janganlah simpan rasa marah dan dendam itu lama-lama. Cabut rasa maaf itu dari benak hati kita, buangkan jauh-jauh, buka hati kita dan maafkanlah kesalahan orang lain. Dengan itu barulah kita akan rasa lapang dada dan kemarahan itu tidak akan membunuh jiwa kita dari dalam. Sebab itulah kata Nabi, ‘’orang yang kuat antara kamu bukanlah mereka yang kuat bergusti, tetapi orang yang kuat adalah mereka yang dapat menahan dirinya ketika marah’’. Marilah kita mencabar diri kita untuk menjadi orang yang kuat seperti yang disabdakan oleh Nabi tu. Remember, you are stronger than you think.



Penawar ketenangan jiwa yang kelima, dan terakhir pada hari ini adalah, berbuat baiklah dengan manusia lain dan jangan menyakiti hati orang lain. Apabila kita berbuat baik terhadap orang lain, mereka akan berasa terharu lalu mendoakan kersejahteraan kita. Kita tidak akan tahu doa siapa di antara kita yang dimakbulkan oleh Allah sehingga kita berjaya mengecapi sesuatu kejayaan itu. Boleh jadi mungkin orang yang kita pernah tolong itu merupakaln wali Allah, maka apabila dia mendoakan kebaikan buat kita. Allah makbulkan doanya serta menjadi asbab kejayaan kita pada hari ini. Who knows? 

Oleh itu, jangan pernah merasakan rugi untuk meluangkan sedikit dari masa dan tenaga kita untuk membantu orang lain dan jangan pernah mengharapkan balasa dari pertolongan kita. Mengapa? Kerana apabila kita mengharapkan balasan dan penghargaan dari makhluk bergelar manusia, kita mungkin akan kecewa jika tidak mendapat balasan setimpal, kerana manusia ini sifatnya nasia, iaitu lupa dan alpa. Kadangkala mereka lupa untuk menghargai manusia lain. Oleh itu, berikanlah pertolongan dengan ikhlas harapkanlah balasan hanya dari Allah SWT, nescaya kita tidak akan kecewa.



Jangan pernah menyakiti hati orang lain, kerana jiwa kita tidak akan tenteram jika kita berbahagia di atas penderitaan orang lain. Jiwa itu tidak akan memperoleh ketenteraman jika ia menyakiti hati orang lain. Mungkin kita dapat kepuasan hati apabila menyakiti hati insan lain, tapi percayalah selagi kita tidak meminta maaf kepadanya, kita akan sentiasa bergelumang dalam keresahan dan kegelisahan, kerana kita tahu ada hati yang telah kita robek dan sakiti. 

Menyakiti hati insan umpama kita menebuk kayu menggunakan sebatang paku. Apabila kita cabut paku itu dari kayu tersebut, ia meninggalkan kesan lubang yang dalam. Iaitu, umpama kita menyucuk hatinya dengan kata-kata atau perbuatan yang tajam, meskipun kita sudah memohon maaf dan dia telah memaafkan, ia akan meninggalkan kesan dan lubang di dalam hatinya. Oleh itu, jagalah tutur dan tingkah laku agar kita tidak tersengaja menyakiti hati orang lain terutama ibu bapa dan mereka yang hamper dengan kita.



 Kesimpulannya, ketenangan itu adalah hakikat jiwa. Semua manusia memerlukannya, semua manusia dia atas muka bumi ini tidak kira muslim, kafir, ahli maksiat, ateis kita semua perlukan ketenangan dalam hidup. Ketenangan itu perlu dicari denga cara yang berul, bukan hiburan yang bersifatr sementara semata-mata. Jika manusia tidak memperoleh ketenangan jiwa, mereka akan kehilangan erti hidup dan mula merasakan hidup seolah-olah tidak bererti, dan apabila mereka mula merasakan sedemikian, mere cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk untuk menamatkan hidup mereka. Oleh itu, sebagai muslim berpegang teguhlah kepada ajaran islam kerana ketenangan yang dibawa oleh islam adalah sebenar-benar ketenangan yang dituntut oleh setiap jiwa-jiwa makhluk.

Comments

Popular Posts