NASYID VS LAGU MELAYU
NASYID VS LAGU MELAYU SEKARANG
perkataan yang dia guna dan susunan ayatnya lebih teratur
disamping dalam liriknya yang sarat dengan mesej nasihat dan pendekatan islam yang dibawa,
tak semua orang dengar nasytid sebab dia ni islamik sangat ke apa. itu cuma stereotaip dan mentaliti orang melayu je.
macam aku, aku dengar nashid untuk kembalikan nostalgia dulu2.
pastu aku dengar nasyid sebab ayat2 dia bagi inspirasi untuk aku menulis,
perkataan2 dia lagi puitis dari lagu2 melayu kita sekarang.
lagu2 melayu yang dulu2 zaman2 90-an tu pun aku suka dengar jugak sebab puitis
bahasa yang penulis lirik guna tu bukan bese2, disamping ayat dia sedap dan tersusun teratur cantik kemas,
ada mesej yang cuba disampaikan kepada pendengar,
in a nutshell lagu2 mereka ni berkualiti,'
bukan lagu2 sampah macam sekarang, buat lagu ntahapahapa pastu nak viral je.
mesej apa yang nak disampaikan pon aku tak faham,
nak buat lagu cinta pun buatlah macam lagu di bawah pepohon cemara ke, di sana menanti di sini menunggu ke, suci dalam debu ke,
i mean nak buat lagu cinta tak salah, tapi buatlah kasi masterpiece kau tu bermakna sikit,
ini asik ulang2 lirik sama je, donde2 la, temberang la, cumi2...
adoi cuba la buat masterpiece yg dalam masa sama dapat educate masyarakat,
i mean mungkin mesej tu terlalu puitis atau berkias untuk difahami,
but at least we can pick up some new words,
it is a knowledge what.
jadi bagusnya kita dengar nasyid ni sebab,
di samping dia memenuhi keperluan spiritual dan rohani kita,
ayat2 dia cantik dan bersastera,
pernah x kau dengar lagu nasyid, lirik dia tak sedap, bukan melodi dia, tapi lirik dia. pernah x? susahkan nak jumpa nasyid yang lirik dia cam hampeh je? padahal nasyid ada je pasal cinta, kahwin sume tu?
tapi kenapa penulis nasyid boleh tulis lirik yang berkualiti, penulis lagu2 melayu x boleh?
pernah x korang terfikir?
sebab nasyid islamik? sebab tu dia kena berkualiti? so what kalo dia islamik? itu jadi alasan untuk penulis lagu2 melayu buat lagu yang tak berkualiti ke?sebab lagu melayu x islamik, so tak payah la lirik2 yang puitis sangat. gitu ke?
atau itu cuma satu sifat defensive sebab tak nak mengaku yang kau x buat critical thinking betul2, x research dulu sebelum buat lagu. ko pikir asal rhythm sedap, lirik hampeh, org terima je.
sebab tu melayu x maju2, terima je satu benda bulat2. cuba kritik sikit lagu tu. bagi la kritikan yang membina.
penulis lagu pun nak buat lagu, buat la betul2 jgn la asal jadi je, kualiti x de. biar ambil masa lama untuk keluarkan lagu baru, jgn keluar lagu baru setiap minggu, tapi kualiti takdak.
Take your time untuk hasilkan sesuatu yang betul2 berkualiti. Don't rush. Quality over quantity.
konklusi nya, tak kisah la lagu apa pun yang kau dengar, pilih la lagu yang bermanfaat dan bermakna, bukan hanya setakat melodi je sedap, lirik dan mesej pon kena chantekk jugak. educate yourself in every single things that u do. be wise, be productive. Life is too short to just accept and agree on something, always think and critics, criticism shows that there is a thinking process involve.
Comments
Post a Comment